16 April 2015


PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN - KWSP


Sejak akhir-akhir ini media sosial dihangatkan dengan cadangan untuk melanjutkan Pengeluaran Umur 55 Tahun kepada 60 tahun. Apakah isu-isu yang berkaitan dengan Pengeluaran Umur 55 Tahun ini?

Umum sedia maklum bahawa individu yang termasuk dalam kategori Pekerja oleh Akta KWSP 1991 diwajibkan mencarum sebahagian amaun tertentu. Amaun caruman ini pula adalah seperti yang tertera pada Jadual Ketiga akta yang sama. Amaun caruman bulanan ini pula akan dipecahkan kepada beberapa akaun tertentu bagi tujuan-tujuan yang tertentu dari semasa ke semasa. Terkini, amaun caruman akan dipecahkan kepada 2 iaitu Akaun 1 dan Akaun 2.

Untuk makluman semua, KWSP membenarkan Ahli untuk membuat pengeluaran sebelum umur 55 tahun bagi tujuan, membeli/membina rumah, membiayai kos pendidikan diri sendiri atau anak dan lain-lain. Pengeluaran ini bergantung  kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Ahli juga dibenarkan untuk membuat pengeluaran pra-persaraan iaitu pada umur 50 tahun dengan kelayakan semua amaun yang terdapat dalam Akaun 2.

Mengapa ramai yang marah bila terdapat cadangan untuk melanjutkan Pengeluaran Umur 55 Tahun kepada 60 Tahun.


Mari kita lihat dari perspektif sebagai AHLI KWSP.

Berapa ramai Ahli yang bercadang untuk bersara pada umur 55 tahun? Bayangkan apa yang berlaku jika majoriti ahli bercadang untuk bersara pada umur 55 tahun sedangkan Pengeluaran Umur 60 Tahun dilaksanakan?

Jika isu Ahli tidak cukup wang selepas bersara atau Ahli menghabiskan wang simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas persaraan mereka percayalah bahawa asas ini tidak terlalu kuat bagi menyokong cadangan melanjutkan pengeluaran kepada umur 60 tahun.

Secara peribadi, saya melihat cadangan ini belum tentu dapat menyelesaikan masalah-masalah yang saya nyatakan tadi. Lanjutkanlah pengeluaran tersebut kepada 60 tahun, 70 tahun, hatta 80 tahun sekalipun, isu/masalah yang 'diambil berat' oleh pihak yang memberikan cadangan ini tidak juga akan selesaiIni kerana majoriti ahli di Malaysia umumnya belum terdidik sepenuhnya berkaitan urusan pengurusan kewangan.

Secara tidak langsung, cadangan ini juga akan memaksa Ahli untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun kerana majoriti Ahli adalah di kalangan pekerja-pekerja di sektor swasta dan sebahagian kecilnya adalah kakitangan awam. 

Kenapa tidak semua kakitangan awam akan terkesan dengan cadangan ini?? Ini kerana, kebanyakan kakitangan kerajaan bukan lagi dianggap sebagai Ahli oleh Akta jika mereka telah memilih Opsyen Pencen dan telah diberikan Pemberian Taraf Berpencen

Pada pandangan saya, kepada Ahli yang memang bercadang untuk bersara pada Umur 55 perlu berfikir tentang bagaimana untuk menyara diri mereka selepas bersara jika cadangan ini dilaksanakan.

Pelbagai alternatif perlu difikirkan oleh Ahli kerana pada masa ini Ahli dipersalahkan kerana menghabiskan wang mereka dalam tempoh kurang daripada 10 tahun selepas persaraan mereka.

Sebagai tambahan, bagi mereka yang berminat untuk merancang kewangan mereka, anda boleh layari:


atau hubungi saya di 016-262 9696

No comments:

Post a Comment