23 April 2015

PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN


Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun adalah dikekalkan. Beliau berkata demikian dalam satu Majlis Pelaburan Malaysia 2015.

Keputusan ini dibuat kerana mengambil kira pandangan serta kehendak Ahli KWSP supaya had umur bagi pengeluaran penuh tersebut tidak dilanjutkan dari 55 tahun kepada 60 tahun.

Beliau juga menegaskan bahawa cadangan KWSP supaya Pengeluaran Umur 60 Tahun hanya tertakluk kepada Ahli yang memutuskan untuk bekerja melebihi umur 55 tahun.

Jom SIHAT!!!

Dalam pada itu juga, saya mencadangkan agar Ahli bijak dalam merancang kewangan mereka menjelang umur persaraan. Terdapat kaedah yang membenarkan Ahli untuk meningkatkan amaun simpanan KWSP iaitu dengan cara membuat pelaburan saham amanah (unit trust). 

Pengeluaran pelaburan saham amanah ini tertakluk kepada formula pengiraan yang telah ditentukan oleh KWSP. Ahli juga boleh memilih sama ada untuk melaburkan wang mereka
ke dana-dana konvensional atau dana yang mematuhi syariah.
Jom SIHAT!!!

Dalam pada itu juga, saya menyarankan kepada semua untuk memulakan sebarang perniagaan secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan harian mereka, di samping menyediakan aktiviti yang boleh menghasilkan pendapatan menjelang persaraan mereka.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pelaburan saham amanah, anda boleh merujuk ke Facebook Page, klik SINI atau hubungi 016-262 9696

No comments:

Post a Comment