30 December 2014

MENJELANG TAHUN 2015

Tahun 2015 bakal menjelma dengan pelbagi isu berkaitan peningkatan kos sara hidup. Adakah anda bersedia untuk menghadapinya???

Mari kita bincangkan...

Pelbagai andaian dibincangkan dalam media arus perdana dan sosial berkaitan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Adakah pelaksanaan GST ini memberikan kesan yang positif
atau negatif kepada pengguna? 

Ramai beranggapan bahawa kebanyakan harga barang akan meningkat disebabkan oleh pelaksanaan GST. Jika GST akan meningkatkan harga barang, apa kesannya kepada ekonomi dan pengguna??

Memandangkan GST masih belum dilaksanakan, tiada jaminan bagaimana keadaan sebenar yang akan berlaku. Oleh itu, mari kita andaikan "worse case scenario".

Andaian : Kos sara hidup meningkat.

Saya melihat peningkatan kos sara hidup ini adalah disebabkan oleh perkembangan ekonomi semasa negara. Jika dilihat dari sudut ekonomi, kenaikan harga barang di pasaran adalah menunjukkan kerancakan ekonomi negara dan dapat dilihat melalui kadar inflasi negara.

Secara umumnya, inflasi bagus untuk pertumbuhan ekonomi tetapi kadar inflasi ini tidak boleh terlalu tinggi.

Apa kesan inflasi kepada pengguna??

Golongan berpendapatan tetap - Jika kadar inflasi pada kadar yang rendah, golongan berpendapatan tetap akan merasa bahang kenaikan harga barang tetapi masih boleh diatasi jika golongan ini menerima kenaikan gaji atau pelarasan gaji pada tahun tersebut. Jika kadar inflasi pada kadar yg lebih tinggi, golongan ini berkemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk melalui kesan kenaikan harga barang.

Bekerja sendiri/berniaga - Bagi golongan ini, mereka berkemungkinan besar tidak akan merasa tertekan dengan berlakunya kenaikan harga barang yang disebabkan kadar inflasi yang rendah atau pun tinggi. Ini kerana mereka mampu mengatasinya dengna meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.

Apakah solusi bagi golongan berpendapatan rendah??
1. Bandingkan hargapengguna harus bijak untuk membuat perbandingan harga sewaktu membeli barang-barang.

2. Langkah berjimat cermat - meletakkan keutamaan ke atas barang-barang yang ingin dibeli. Contohnya dengan mendahulukan pembelian barang-barang KEPERLUAN berbanding barang-barang KEHENDAK.

2. Membuat tabungan - pengguna perlu mula membuat tabungan. Tabungan boleh datang dalam pelbagai bentuk sama ada simpanan biasa di bank-bank tempatan, pelaburan di unit amanah, pembelian insuran+simpanan dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Ada juga fasiliti menyimpan dengan cara membuat pinjaman seperti pinjaman untuk ASB. Pengguna adalah digalakkan untuk membuat tabungan di tempat yang mampu memberi pulangan yang lebih tinggi berbanding kadar inflasi tahunan.

* Pulangan/Dividen/Faedah > Kadar Inflasi...

3. Pendapatan sampingan - Pengguna juga digalakkan untuk menyertai bidang perniagaan di samping bekerja sepenuh masa di pejabat dan sebagainya. 

* Saya menggalakkan pengguna untuk mula dengan perniagaan yang kecil tetapi mampu memberi pulangan dalam RM300-RM500 pada permulaannya.
* Menyertai peniagaan yang tidak perlu untuk pemantauan supaya tidak mengganggu kerja anda di pejabat.
* contoh: anda boleh lihat di sini


oleh : Ikhwan (016-262 9696)

www.facebook.com/InvestSyariah


No comments:

Post a Comment